Sunday, July 11, 2010

Penciptaan Pembungkusan

Laman web menarik berkaitan dengan proses penciptaan pembungkusan (dalam bahasa Melayu)
http://senivisual1.blogspot.com/2010/07/proses-penghasilan-pembungkusan.html

Sunday, May 30, 2010

Kerja cuti sekolah(untuk pelajar tingkatan 5E 2010)


salam semua...selamat bercuti..
macam mana ngan cuti kamu semua?SPM masih rasa jauh lagi,tapi sebenarnya dah tak berapa jauh dah....ibarat kalo spm tu melambai2...angin tu dah sampai dah kat awak semua.jadi hadiah untuk cuti sekolah ni ada tiga AJE...harap dapat kamu buat sebelum masuk sekolah nanti ye...

1)KOTAK PEMBUNGKUSAN
cuba kamu perhatikan sampul pada gula-gula kegemaran kamu.ataupun dari kotak permainan adik2 kamu.apakah informasi yang dapat kamu perolehi dari kertas/kotak pembungkusan tersebut?
cd yang kamu hasilkan dikhususkan untuk kepada segelintir pengguna pilihan.jadi sistem pembungkusan diperlukan supaya cd kamu dapat disampaikan kepada pengguna dalam keadaan selamat di samping dapat menarik perhatian mereka serta memberikan pengetahuan mengenai cara penggunaan cd berkenaan.
pembungkusan terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kotak,sampul ataupun kraftangan contohnya bakul atau sebagainya.pemilihan pembungkusan bergantung kepada tema daripada cd yang kamu hasilkan.secara kesimpulannya setiap pembungkusan mempunyai :

  1. nama produk
  2. logo/gambar berkaitan
  3. nama pencipta
  4. screenshot (printscreen) interface.
  5. informasi ringkas.
  6. dan lain2 perkara yang dikirakan bersesuaian.

2) KERTAS KERJA (PENGUMPULAN BAHAN2 KAJIAN)



















3 INTERFACE DESIGN (REKABENTUK ANTARAMUKA)

  • MAKSUD REKABENTUK ANTARAMUKA:
pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk mendapat maklumat terperinci, system penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video, kebolehgfungsian: elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu pengguna akhir contohnya pengguna boleh mengklik butang dan pintu tebuka dan kemudian loceng berbunyi.. dan antara muka pengguna.: rekabentuk skrin, objek di susun, bagaimana pengguna berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.
  • CIRI-CIRI REKBENTUK ANTARAMUKA YANG BAIK:

    RASIONAL ANTARA MUKA PILIHAN

    Susun Atur ( Layout )

  • Skrin antara muka dibahagikan kepada kawasan kandungan dan kawasan navigasi. Ratio yang digunakan adalah dua pertiga untuk kandungan dan satu pertiga untuk navigasi dan menu.
  • Bahagian yang tidak aktif seperti kotak-kotak warna, kesan isian, garis warna, arahan dan bantuan disembunyikan dan pengguna boleh mengaktifkan dengan mengklik pada butangnya.
  • Pembahagian ini membolehkan pengguna menentukan elemen pada skrin yang yang perlu diberi perhatian khasnya ruang mewarna. Ini kerana pengguna sasaran antara muka ini adalah terdiri daripada golongan kanak-kanaK.

Seimbang dan Perspektif

  • Keseimbangan pada skrin adalah tidak simetrikal di mana susunan elemen-elemen adalah tidak formal agar pengguna lebih menumpukan kepada ruang mewarna
  • Perspektif yang disediakan adalah agar mata pengguna ditumpukan kepada ruang mewarna dan pilihan warna supaya warna mudah dimasukkan kepada ruang mewarna.
  • Perspektif Belakang (background) adalah kawalan navigasi untuk elemen yang kurang memerlukan fokus pengguna.
  • Perspektif Hadapan( foreground) adalah ruang mewarna untuk elemen yang memerlukan lebih fokus daripada pengguna

Ruang Putih

  • Ruang putih (white space) adalah untuk memudahkan pengguna memberikan tumpuan terutamanya antara teks dan grafik
  • Selain daripada itu ruang putih digunakan juga untuk mengarahkan perhatian ke titik fokus sesuatu skrin.

Pilihan dan Kombinasi Warna

  • Penggunaan warna adalah satu cara untuk menjadikan rekabentuk antaramuka lebih menarik dan dapat menentukan identiti dan bentuk antara muka.
  • Pemilihan dan kombinasi warna adalah terdiri daripada warna-warna sejuk dan cerah kerana mata manusia khasnya kanak-kanak kurang sensitif kepada perubahan warna-warna yang sejuk dan cerah.
  • Warna-warna sejuk dan cerah boleh merangsangkan otak supaya aktif dan kurang memenatkan mata pengguna.Warna-warna panas seperti merah juga dipilih bagi menarik perhatian pengguna dan menampakkan sesuatu objek itu lebih dekat

Penal Navigasi yang Konsisten

  • Panel navigasi adalah mesra pengguna dan disediakan untuk membimbing pengguna mengemudi sesuatu skrin, contohnya butang arahan, pilihan warna, koleksi gambar dan seterusnya butang tamat.
  • Panel navigasi diletakkan di tempat yang konsisten di bahagian tepid an bawah skrin untuk memudahkan pengguna melihatnya dengan segera dan menghubungkaitkan fungsi-fungsinya tanpa banyak masalah

Keseragaman

  • Keseragaman susun atur maklumat pada paparan antara muka adalah bagi mengelakkan pergerakan mata pengguna yang banyak bagi mencari maklumat.
  • Keseragaman mengukuhkan mesej atau tema pada sesuatu skrin dan memberi kekonsistenan kepada keseluruhan antara mukaKeseragaman antara muka ini melibatkan rekaan interaktif yang membolehkan pengguna bergerak dan berinteraksi dari satu skrin ke skrin berikutnya dengan mudah

  • KESIMPULAN:

    Rekabentuk antara muka hendaklah sesuai dengan kumpuaan sasaran pengguna kumpulan tersebut dan hendaklah konsisten bersesuaian dengan tema dan objektifnya.

    Merekabentuk antaramuka bertujuan untuk membantu proses pembangunan dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Aplikasi multimedia direka untuk menghiburkan, mendidik, dan memberitahu , cuba mengambil konsep dan pendekatan yang sama dengan kehidupan seharian pengguna. Elemen-elemen multimedia seperti grafik, teks, animasi, yang diletakkan pada skrin akan menceriakan pengguna tanpa mengganggu tumpuan terhadap maklumat atau cerita yang hendak disampaikan. Seterusnya dapat mengemudikan dan belajar aplikasi dengan lancar dan selesa mudah dan cepat kerana rekabentuk antaramuka adalah tulang belakang di mana elemen multimedia diletakkan.




Tuesday, April 27, 2010

Selamat datang tahun baru...2010


Tahun baru 2010..baru pun takdela baru sangat dah...tapi belum terlambat rasanya nak bagitau dah genap 2 tahun usia blog ni.walaupun post tak banyak..tapi ada juga yang melawat dan tak lupa tinggalkan message.Cuma maaflah kalau message lambat reply.So untuk tahun baru ni juga cikgu nak promote sikitlah laman Facebook Group yang cikgu rasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga2 MPV Produksi Multimedia dan juga Grafik Berkomputer dari seluruh Malaysia.Tujuan fb group ni sebenarnya nak mengumpulkan dan eratkan silaturahim seluruh warga MPV.Bagi kami para guru,dapatlah tahu serba sikit ke mana arah student MPV setelah habis persekolahan dan untuk para pelajar dapatlah juga jumpa kawan2 lama dan juga yang baru.buat setakat ni..dah ada 104 ahli yang dah join group ni dan insyaAllah akan terus bertambah dari masa ke semasa.Itupun kalau 104 ahli ni dapat hebahkan kepada rakan2 lain

Link untuk Facebook Group-MPV Produksi Multimedia
silalah klik imej disebelah untuk join...:).Boleh juga sumbangkan karya2 murid pada ruangan photos ya...insyAllah cikgu akan lebih luangkan masa di Facebook berbanding ngan blog ni...

Tahun ni jugak,studio MPV berubah wajah...cat baru yang lebih garang(merah)...sebab apa pilih merah?merah tu lambang berani,so student MPV ni mesti berani untuk menjadi kreatif.kreativiti tak boleh disekat-sekat dan perlu ada improvement.jadi warna merah memang sesuailah untuk studio kami.cikgu pun bolehlah marah2 lebih lepas ni sebab warni ni memang cepat buat orang naik marah...hehe.tapi marah cikgu hanya untuk kebaikan.

Monday, January 12, 2009

2009...2008 dlm kenangan

welcome back to school...2009...tahun baru semangat baru.hope tahun ni nama MPV terus lagi utuh,teguh,maju kat SMKBB ni.alhamdulillah, tahun 2008 merupakan tahun yg agak ok bagi pelajar MPV sebabnya takde kes2 berat yang membabitkan pelajar compared ngan tahun2 sebelumnya..:)...semuanya okey,tahun yang agak sibuk ngan aktiviti luar seperti Pameran karnival pendidikan melaka kat MITC,pameran kerjaya kat Munsyi Abdullah.juga sukses ngan pertandingan2 seperti pertandingan ICT kat rumah Media,pertandingan digital storytelling.syabas dan tahniahlah kepada semua.
so untuk tahun ni..kita akan adakan perjumpaan kelab yang pertama pada next week (21st January).diharap semua pelajar MPV(5d dan 4E) dapat hadir supaya kita dapat pilih ketua dan AJK kelab yang baru.

Monday, August 4, 2008

tutorial untuk photoshop

Senarai Rujukan Tutorial Photoshop
http://www.russellbrown.com/tips/photoshop.html
http://www.teamphotoshop.com
http://www.adobe.com/products/photoshop/main.html http://www.planetphotoshop.com/tutorials.html
http://www.photoshopcafe.com
http://www.mccannas.com/pshop/photosh0.htm http://www.tiemdesign.com/howto/photoshop.htm
http://www.designsbymark.com
http://www.good-tutorials.com
http://www.absolutecross.com/tutorials/photoshop/
http://www.photoshoproadmap.com
http://www.phong.com/tutorials/_

Cungkil Bakat




sorry...agak lama juga blog ni tak diupdate.kesuntukan masa,tapi masih byk lagi yang saya nak letakkan dalam ni,just tunggu bila free aje.anyway saya nak bagitau kepada sesiapa yang berminat untuk membuat rekaan logo baru bagi kelas MPV,silalah hantar pada saya.logo yang lama ni cuma sementara aje,in case kalau ada rekaan yang lagi menarik daripada korang semua,adalah amat digalakkan.


rules untuk buat logo MPV ni tak byk just kalau boleh jgn gunakan lebih dari 3 warna.kalau dapat kekalkan warna tema (iaitu warna oren) lagi bagus.boleh gunakan manual(lukisan) ataupun software2 seperti photoshop,freehand,flash ataupun illustrator.


kalau korang nak berkarya untuk majalah x-limit(majalah online pertama oleh sifoo.com)boleh submit poster digital/fotografi anda pada alamat emel yang tertera dalam poster kat bawah ni.tema:bulan kemerdekaan/merdeka 51.tarikh tutup pada :15 ogos 2008.format:imej (jpeg,psd,tiff,png) hantar pada :xlimit@sifoo.com